5 Feb 2013

Dugaan Lagi..& Lagi.. & Lagi..

Haish..kadang2 terfikir adakah sepanjang hidup mama ni mama buat benda yang betul? Adakah hidup mama ni mendapat keberkatan atau keredhaan Allah? Ataupun adakah rezeki yang diperolehi ni adalah rezeki yang 'bersih' dan halal?

Sering kali berlaku bila kami merancang, tetapi tiba2 sesuatu berlaku atau ada halangan menyebabkan perancangan kami sering berubah atau terpaksa dibatalkan? Mama bukan sekali2 mengeluh atau menyesali dengan apa yang berlaku. Cuma mama sering kali terfikir kenapa ia berlaku? Apakah hikmah disebalik kejadian? *masukkan elemen sedih di situ*

Beberapa hari yang lalu papa harus ke KL sebab ada benda penting yang perlu diselesaikan segera. Tp terpaksa ditunda sebab ada perkara yang perlu diselesaikan di sini sebelum ke KL. Plannya hanya mama, papa, Irfan & bb Ikhwan yg pergi dan terpaksa tinggalkan kakak Sofiea & Tisya di rumah mak saudaranya. Mama sgt berat hati nak tinggalkan kakak & Tisya..so bila papa xjd pergi dlm msa terdekat, mama sgt lega & happy. Tp semalam papa bgtau plan nak ke KL harus diteruskan besok (Khamis), bawa sekali kakak, Tisya, Irfan & Ikhwan sambil jalan2 sempena cuti CNY. Apa lg, lega campur hati berbunga2 bila dapat bersama anak2, bw dorang g jenjalan. :-) *masukkan elemen senyum lebar smpai ke telinga di situ*

TAPI...ada tapinya...tghri td bila mama nak stat keta nak g ambik Tisya kat skool, tetiba kereta xbleh stat. Dah cuba beberapa kali, tp xleh juga. Huaaaaaa....xtau sebab apa keta tu xmau idup. Maybe xde bateri..itu teori mama. Tp xtau la, sekarang ni tunggu papa datang check keta. Harapan ke KL semakin terkubur...keta perlu dibaiki, brapa pulak RM nak melayang neh! Cuba pikir semula, apa yg xkena??? *masukkan elemen nangis dlm hati sebab kt ofis ramai org* (-_-)

No comments:

Post a Comment