Apalah N3 mama ni asyik2 citer pasal masalah, keluhan, luahan hati & yg sewaktu dgnnye. Sure boring jerkan nak membacanya? Tapi tu lah, blog ni pun mmg dibuat utk meluahkan rasa hati, menceritakan apa yg terpendam & bukannya utk mencari populariti. Dek kerana tiada org utk diluah tau dikongsi perasaan /masalah, maka disinilah dicoretkan segala keluh kesah & gundah gulana dlm hati.
Lepas satu2 ujian & dugaan datang melanda, kadang kala rasa diri ini jatuh tersungkur & tak mampu utk bangun lagi. Mama ni sebenarnya seorang yg tak banyak cakap, tp begitupun, mama ni seorang yg ceria. Setiap masalah mama cuba utk sembunyikan dri kawan2. Hanya org tertentu sj yg tahu masalah mama hadapi. Walaupun seribu masalah di bahu, tp mama msih lg boleh pegi kerja dgn riang, ceria, makanpun lalu, tidur pun lena. Setiap masalah yg mama hadapi tidak satupun menjejaskan kehidupan seharian. Cuma dalam hati sj yg menangis, hanya hati sj yg berduka.
Tapi kadang2 bila masalah itu tak tebendung lg, mama rasa xde semangat utk teruskan apa yang mama impikan selama ni. Seminggu dua ni semangat mama utk teruskan bizz online semakin menurun. Dengan masalah yg melanda ni mama tak boleh nak cocerntrate pd bizz mama. Mama xde mood nak ambik gmbr stok, nak edit, nak promote stok baru...mama xde smangat tuk buat semua tu. hati ni sentiasa rsa sedih, penat & letih bila fikirkan masalah yg menimpa. Kadang2 rsa mcm bukan rezeki mama utk truskan impian mama ni. Harus kah mama teruskan atau berhenti sj impian mama ini? Hanya masa yg akan menentukan.
Ya Allah, bantulah hamba Mu ini utk membuat pilihan dan keputusan yg terbaik utk diri ini & keluarga. Amin.....