25 Apr 2012

I've Done Crazy Thing!!!

Fuhh!! Tajuk ckup mendebarkan! Tp btul i have done soo many crazy thing bila dh start bizz nih. Actually i can't stop ordering for new stocks! Gila tak? Walaupun byak lagi stok yg blum terjual mama dh order stok baru. Mama geram btul tgok stok2 baru yg cntik2...slalunye jd bila mama dh order stok n then after a few weeks kuar lg stok baru yg lg cntik! Huh..mengoder x hengat!! Mcm la duit banyak beriban2...Skrang ni mama kene cari strategy mcm mana nak abiskan stok2 baju yg mama jual nih. Kalu x mati laa..xtau camna nak rolling modal.

Actually bila mama tgok stock2 yg dh dijual n bla dihitung2 jualan yg mama dapat tu agak memberangsangkan walaupun pelanggan mama x la ramai sgt. Tu yg buat mama makin bersemangat nak menambah stock. Harap2 pelanggan mama makin ramai la pasni, cma skrg takut kene marah ngan papa jer..yea la banyak sgt kuar modal nih. Kalau die tau mama tambah stok baru sure die marah nih. Huhu...janji dah pasni xmo tambah stock dah. Nak jual dulu sampai abis baju2 yg ada nih. Harap2 papa xbace la N3 mama nih. I Luv U Papa!! xoxo



24 Apr 2012

It's Her Birthday...

As-salam..

Citer ni sbnrnye dh basi pon, tp nk citer gak sbb it is Sofea's Birthday!! :-)  Al-kisahnyer 13 April bru2 ni mama wat birthday party anak sulung mama, Sofea. Akceli her birthday was on 12 April, tp sbb ari tu hari kerja so dilewatkan sehari iaitu 13 hb (Jumaat).


Sebenarnye mama ni kalo bab event makan2 kt umah mmg xbrape pandai n xconfident lngsung nak buat. Salah satu sbbnyer rmh mama tu kecik jer, lgpun selalunye umah mama tu kemas n teratur hanya stakat setengah jam pertama jer...lepas tu kaboomm!! Mcm kapal pecah jdnyer. Sbb tu kalo mama nk wat mkn2 nk ajak sedara mara n shabat handai ni mau pikir 14-15 kali tuu!! Tapi demi anak sulung kesayangan mama, mama yakinkan diri mama yg mama bleh buat. Lagipun ini kali ke-2 mama wat birthday party tuk kakak (& now she is 10 yrs old!!). Kesiankan...:-)


Tak macam yg 1st time, mama wt party tuk kakak kt umah ibu mama memandangkan pinggan mangkuk n sgala mcm barang dh ada. Time tu ibu, kakak n sepupu mama semua pakat2 tolong mama prepared tuk birthday party kakak. My beloved sister tolong masak, my beloved kazen tolong tiup n gntungkan belon2, my ibu tolong invite sedara mara n jiran2 while i've done nothing n tgok semuanya diuruskan dgn sempurna. :-)

2nd time mama organized birthday party tuk Tisya (my 2nd dotter) kt umah mama. It was kelam kabut!! Kek ambik lmbat, goodies baru nk prepared, rumah sepah2 (luckily my kazen tlg rearranged kerusi n meja), itu xde, ini xde..tp nsib baik everything went well walaupun banyak yg xsempurna. Yang penting anak2 happy..

But this time, mama prepare awal2 lg. Walaupun time tu xsure nk buat ke tak party tuk kakak, tp mama dh tmpah kek a week before. Kemudian 2-3 hari sblum event tu mama dh beli skit2 brg2 yg diperlukan, pinjam my ibu pinggan mangkuk, hehe...tempah laksa n last skali beli goodies n present tuk kakak. Malam sebelum majlis tu kami pakat2 tiup belon, kemas rumah then prepared goodies for the kids, pinggan mangkuk letak atas meja siap2(overkan..) & sblum tido tu siap timing lg kul bape nak pi amik kek, nak angkut laksa nak goreng macaroni tuk menu tambahan n all that yg patut..


Besoknye, 13hb tiba la hari yg ditunggu2 n everything went well seperti yg dirancang kecuali mama terlupa nak beli tisu!! Tp tu small metter sj..boleh dimaafkan. :-) Alhamdulillah, mama berjaya organized majlis for the 1st time tanpa bantuan sesiapa (BIG pat on my shoulder..) Yeay!! Kakak happy, kek n menu yg best (another pat on my shoulder..), her friends enjoyed n tetamu yg lain2 pun nampak ok jer...tetamu terakhir yg pulang was my MIL n grandmother-in-law (btul ke?) dkat nak Maghrib. So next mission, birthday party 4 Irfan n Tisya!! Hamboiiii...



 "Happy Birthday kakak, semoga kakak menjadi anak yg solehah 
& berjaya di dunia & di akhirat. AMIN.." Mama sayang kakak, 25 April 2012.

MODE: Bangga gilerr!!! :-P

16 Apr 2012

Kerjaya Baru...

Wahh...bunyi cam best jek kan? Tak, mama bukan benti keje n bukan mama dapat keje baru, tp mama baru jek stat bizz online. Alah..baru sbulan jek. Mama tak tau nape mama ni suke sgt dlm bdg nih, padahal seumur idup tak penah pon berbiznes hatta jual gula2 seposen kt kawan2 mse kecik2 dulu pun xpenah. Tp naluri tu rasa cam best jer kalo one day diizinkan Allah serta modal yg mencukupi, mama ingin sgt2 nak ceburi bidang perniagaan. Ingt lg mse kecik bla ibu tnya "Besar besok nak keje ape?" "Nak jd bussiness women!" "Nak jual ape? Jual kacang puteh tepi jalan?" Hehe..that's my ibu, passimistic or protective (passive = pikir mayb mama xkan berjaya or protective = tak mau mama melalui kegagalan). What ever it is mama ttp suke bisnes, it always be my dream..

So nak dipendekkan cite, alhamdulillah mama ade sdkit modal n dgn bantuan kecanggihan dunia sekarang (thanks to FB n Blogspot :-)) mama stat biz online kecil2an. Masih lg dlm peringkat nk survive, walaupun hanya sorang dua saje pelanggan, tp mama positifkan diri. Hey, mana ade org wt bizz trus dpt untungkan? Sure org lain pun tercungap2 jgak awal2 bizz kan? So mama akan cuba bertahan. Tp yg btul2 menjadi penghalang sekarang ni MODAL!! Mana nak carik modal weh?? Kalau mama nak tunggu stok yg ade taun depan blum tentu abis lg, nak promote pun alih2 org tgok barang same jer yg dijual. Pelanggan ni ckup suke kalau tgok kita slalu update stok baru supaya mereka ada bayak pilihan untuk memilih. Tp itulah, modal yg menjadi penghalang. Dgn gaji mama yg cukup2 makan ni, xleh la nk tambah stok banyak2. Sudahnya Menteri Kewangan a.k.a papa yg jd mangsa. Hehe...harap2 papa sentiasa positif n bg sokongan yg tak berbelah bagi pada mama. Walaupun pelanggan mama baru sorang dua, tp bla papa bagi sokongan n semangat sudah cukup buat mama. Semangat tu berkobar2 bila papa cakap "Dun worrie Yang..nnti ade lah tu pelanggan, org lain xleh lawan cara Yang wat bizz" (Ermm... over kan? But i like!).

Ade kawan2 yg tanye xtakut ke kuar modal banyak2, nnti xde orang nak beli macam mana? Huu...maunye xtakut. Nak meroyan dah rasenye nih ble pikir pasal modal n untung. Tp bak kata Irfan Khairi (Jutawan Internet):

" Kegagalan perniagaan adalah biasa. Walaupun 9/10 rezeki datang dalam perniagaan, tetapi 9/10 perniagaan gagal. Bukan untuk menakut-nakutkan anda yang ingin berniaga, tetapi sememang hakikatnya. Jangan risau kalau perniagaan pertama kita gagal. Atau perniagaan kedua. Atau perniagaan ketiga pun gagal...atau perniagaan keempat..kelima..keenam..dan seterusnya! Janji jangan berputus asa oleh kerana sekiranyan rezeki kita di situ, pastinya perniagaan kita akan berjaya juga satu hari nanti"

So, the KEY words here are JANGAN BERPUTUS ASA. Walaupun kita mungkin gagal dalam percubaan pertama, ke-2 mahupun kali ke-3, kita jgn sekali2 berputus asa. Mama sgt berharap usaha mama ini akan menemui kejayaan & semoga mama tidak cepat putus asa. 1 year...just give me 1 year to achieve my dream.

"Ya Allah, sekiranya rezeki ku berada di langit, maka turunkanlah ia, jika ia berada diperut bumi, maka Kau keluarkanlah ia, dan jika ia berada dilautan, maka kau munculkanlah ia. Sekiranya rezeki ku ada di tempat yg jauh, dekatkanlah ia, jika ia sedikit maka banyakkanlah ia dan jika caranya sukar untuk sampai kepadaku, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami denga kemuliaan, kepemurahan dan kebaikan Mu, dengan rahmatMu, wahai Yang Maha Pengasih di antara yang Pengasih. AMIN.."


MODE: Mengharap sampai ke Bintang ;-)


3 Apr 2012

Suusahhnyerr Nak Senangggg!!!

Mungkin bagi sesetengah orang duit seratus dua tu apelah sngatkan? Tp bg mak (mood merajuk) yg kais pagi makan pagi ni, walau seposen jer cukuupp la bermakna. Tp apakan daya, dh nasib mak, blajapun xpandai, keje pun biase2 jer jdnye dpt gaji pun seciput laa.. Xyah la berangan nak berholiday sakan, pakai baju baru yg mahal2, kasut/handbag branded. Mak xmampu okeh!

Mak sedey sgt tau, bg mak bla dpt claim taggung kerja member yg cuti bersalin sgt2 la ditunggu. Walaupun seciput cuma..tp alih2 ada mslh lain plak timbul menyebabkan claim yg seciput tu xlagi berbaloi untuk diclaim (paham x ayat mak? Buat2 paham la yek!) makanya terasa amat dukacitalah mak nie.Huhu...Kdg2 dtg jgak perasaan yg xpatut ada contnye, "Naper org lain sng jer nk dpt duit? Aku nk dpt yg skit pun susah.." atau "Nape bnyak benda yg aku nk dlm dunia ni slalunya xdpt?". Mak tau, mak xleh ade prasaan begini, apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Mak seharusnya bersyukur dgn apa yg mak ada..tp itu lah manusia, tak slalu sempurna. Mak still ada prasaan sedih, marah n kecewa...Xpe la, INGAT! Apa yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Kadang2 apa yg kita rasa baik untuk kita, sebenarnya tidak baik untuk kita. Hanya Allah shj yang tahu rahsia disebaliknya.

MODE: Sedeyy...sedeyy..sedeyy..majukk..majukk..majukk..

2 Apr 2012

LAMA BERTAPA

As-salam,

Wow..dh lama btul mama xupdate N3 kt blog ni. Akceli byk btul yg berlaku spnjang mama bertapa ni. Pelbagai dugaan yg dtg menimpa dgn kandungan yg makin membesar, dgn kerja yg banyak (chewah..bz kunun) membuatkan mama xsempat nk mengupdate blog ni. 

Alhamdulillah..pd 5 Nov 2011 sehari sblum umat Islam merayakan Aidiladha, mama selamat melahirkan bb boy yg sngt comel (syok sendiri),sihat dan cukup sempurna sifatnya. Syukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan hadiah dr syurga yg xternilai harganya. Bb boy ni mama namakan Ahmad Ikhwan Mustaqim. Nama ni papa yg dpt ilham, mama ingt lg time tu mama ngah tdo. Agk2 dlm kul 3pg papa kejutkan mama "Yang..Yang..bngun, abg dh dpt idea dh nak namakan anak kita ni Ahmad Ikhwan Mustaqim (Ikhwan -ikatan/persahabatn, Mustaqim-jln yg lurus/jln yg benar)", Mama "A'aa ok..ok..cantik nama tu" Zzzz.... :-)

Waktu nak melahirkan bb Ikhwan, ibu n abah mama xde kt Kelantan. Dorang beraya bersama2 kakak2 mama kt Bkt Antarabangsa. Huhu..sedih n sayu rasanya ibu tiada disisi. Dalam perjalan nk pegi HUSM mama kol ibu, time tu suara t'sekat2 bagitau mama dh sakit perut nak bersalin n on the way nak ke hospital..mama minta maaf bnyak2 kt ibu n minta ibu n abah doakan supaya mama selamat bersalin. Mama dgr suara ibu pun t'sekat2 mnahan sebak. Lps off hp trus mngalir laju air mata ni..xpernah mama lahirkan anak tanpa ibu disisi. Time tu mama btul2 rs keseorangan n rindukan ibu. Sib baik papa ada disisi n bg semangat kt mama. Dlm labour room pun papa xpernah lepaskan tangan mama n sentiasa usap2 rambut mama sambil tenangkan mama. Ingt lg time menahan kesakitan tu mama genggan jari papa sekuat hati mama hinggakan beberapa hari selepas tu 3 jari papa masih lg sakit disebabkan genggaman mama yg kuat tu. :-) Lebih kurang seminggu mama berpantang di rumah ibu mertua akhirnya ibu n abah pulang. Selepas tu mama trus smbung pantang kt umah ibu. Happy xterkata dpt jumpa ibu n abah semula. Mama xdpt bygkan perasaan mama jika ibu n abah tiada. Xdpt jumpa dorang seminggu dua pun dh xtahan apatah lg kalau mereka tiada. Ya Allah, pnjangkan lah usia ibu & bapaku..biarlah aku dapat merasai kasih sayang mereka sepuas2nya. Berilah kebahagian kepada ibu & bapaku di dunia & di akhirat. AMIN.

p/s: Insyaallah mama akan update gmbr bb Ikhwan n perkembangan smasa kami sekeluarga next time.