16 Apr 2012

Kerjaya Baru...

Wahh...bunyi cam best jek kan? Tak, mama bukan benti keje n bukan mama dapat keje baru, tp mama baru jek stat bizz online. Alah..baru sbulan jek. Mama tak tau nape mama ni suke sgt dlm bdg nih, padahal seumur idup tak penah pon berbiznes hatta jual gula2 seposen kt kawan2 mse kecik2 dulu pun xpenah. Tp naluri tu rasa cam best jer kalo one day diizinkan Allah serta modal yg mencukupi, mama ingin sgt2 nak ceburi bidang perniagaan. Ingt lg mse kecik bla ibu tnya "Besar besok nak keje ape?" "Nak jd bussiness women!" "Nak jual ape? Jual kacang puteh tepi jalan?" Hehe..that's my ibu, passimistic or protective (passive = pikir mayb mama xkan berjaya or protective = tak mau mama melalui kegagalan). What ever it is mama ttp suke bisnes, it always be my dream..

So nak dipendekkan cite, alhamdulillah mama ade sdkit modal n dgn bantuan kecanggihan dunia sekarang (thanks to FB n Blogspot :-)) mama stat biz online kecil2an. Masih lg dlm peringkat nk survive, walaupun hanya sorang dua saje pelanggan, tp mama positifkan diri. Hey, mana ade org wt bizz trus dpt untungkan? Sure org lain pun tercungap2 jgak awal2 bizz kan? So mama akan cuba bertahan. Tp yg btul2 menjadi penghalang sekarang ni MODAL!! Mana nak carik modal weh?? Kalau mama nak tunggu stok yg ade taun depan blum tentu abis lg, nak promote pun alih2 org tgok barang same jer yg dijual. Pelanggan ni ckup suke kalau tgok kita slalu update stok baru supaya mereka ada bayak pilihan untuk memilih. Tp itulah, modal yg menjadi penghalang. Dgn gaji mama yg cukup2 makan ni, xleh la nk tambah stok banyak2. Sudahnya Menteri Kewangan a.k.a papa yg jd mangsa. Hehe...harap2 papa sentiasa positif n bg sokongan yg tak berbelah bagi pada mama. Walaupun pelanggan mama baru sorang dua, tp bla papa bagi sokongan n semangat sudah cukup buat mama. Semangat tu berkobar2 bila papa cakap "Dun worrie Yang..nnti ade lah tu pelanggan, org lain xleh lawan cara Yang wat bizz" (Ermm... over kan? But i like!).

Ade kawan2 yg tanye xtakut ke kuar modal banyak2, nnti xde orang nak beli macam mana? Huu...maunye xtakut. Nak meroyan dah rasenye nih ble pikir pasal modal n untung. Tp bak kata Irfan Khairi (Jutawan Internet):

" Kegagalan perniagaan adalah biasa. Walaupun 9/10 rezeki datang dalam perniagaan, tetapi 9/10 perniagaan gagal. Bukan untuk menakut-nakutkan anda yang ingin berniaga, tetapi sememang hakikatnya. Jangan risau kalau perniagaan pertama kita gagal. Atau perniagaan kedua. Atau perniagaan ketiga pun gagal...atau perniagaan keempat..kelima..keenam..dan seterusnya! Janji jangan berputus asa oleh kerana sekiranyan rezeki kita di situ, pastinya perniagaan kita akan berjaya juga satu hari nanti"

So, the KEY words here are JANGAN BERPUTUS ASA. Walaupun kita mungkin gagal dalam percubaan pertama, ke-2 mahupun kali ke-3, kita jgn sekali2 berputus asa. Mama sgt berharap usaha mama ini akan menemui kejayaan & semoga mama tidak cepat putus asa. 1 year...just give me 1 year to achieve my dream.

"Ya Allah, sekiranya rezeki ku berada di langit, maka turunkanlah ia, jika ia berada diperut bumi, maka Kau keluarkanlah ia, dan jika ia berada dilautan, maka kau munculkanlah ia. Sekiranya rezeki ku ada di tempat yg jauh, dekatkanlah ia, jika ia sedikit maka banyakkanlah ia dan jika caranya sukar untuk sampai kepadaku, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami denga kemuliaan, kepemurahan dan kebaikan Mu, dengan rahmatMu, wahai Yang Maha Pengasih di antara yang Pengasih. AMIN.."


MODE: Mengharap sampai ke Bintang ;-)


No comments:

Post a Comment